Imej

BENGKEL PENGISIAN SPS DAERAH KUALA KRAI

Bengkel pengisian sistem pengurusan sekolah diadakan di PKG Kampung Bedal selama 11-13/2/2014 yang mana peserta terdiri daripada guru data sekolah kelompok PKG Daerah Kuala Krai.

Advertisements

Analisis laman Portal

BENGKEL TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN&PEMBELAJARAN

Bengkel Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan selama 3 hari bermula 5 Julai 2011 hingga 7 Julai 2011 bertempat di Bilik Seminar Pusat Kegiatan Guru Bedal di alamat SMK Keroh, Peserta terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari dan Guru Perpustakaan Media sekolah kelompok PKG Pahi,Bedal dan Dabong, Bengkel berjalan dengan lancar bermula hari pertama hingga ke hari terakhir, Penglibatan peserta amat menggalakkan dan reaksi peserta amat memberangsangkan untuk mengetahui lebih mendalam tentang teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran dalam teknologi maklumat terkini yang semakin berubah dari masa ke semasa. Tujuan bengkel ini diadakan adalah merealisasikan objektif Bahagian Teknologi Pendidikan dalam proses memberi pendedahan kepada para guru tentang betapa pentingnya teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran pada Abad ke 21 ini.

Bengkel ini terdiri daripada beberapa modul yang perlu difahami dan dipraktikal oleh para peserta didalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak, para peserta juga diberi peluang untuk membuat sesi pembentangan disetiap modul yang diberikan oleh penceramah antara pembentangan yang dibuat oleh para guru adalah tentang teknik menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pihak PKG mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta,urusetia serta penceramah dalam menjayakan Bengkel Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang diadakan selama 3 hari ini,  semoga pada masa akan datang akan diadakan lagi bengkel sebegini demi memberi pendedahan kepada para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Bengkel Pemantapan Aplikasi Windows Server 2003

Bengkel Pemantapan Aplikasi Windows Server 2003 telah diadakan seperti berikut :

Tarikh :15-17 MAC 2011
Bertempat : Dewan Seminar 1 PKG Pahi
Peserta yang terlibat : Juruteknik Komputer FT17 PKG Pahi,Bedal,Dabong
Fasilitator : En.Shamsulkamal Abd Rahman, Siti NurulAisyah Razali

Bengkel ini diadakan bagi memberi pengukuhan kepada Juruteknik Sekolah tentang aplikasi windows server 2003 untuk dipraktikkan di makmal sekolah masing-masing.

Fungsi Pusat Kegiatan Guru

FUNGSI BTP/BTPN/PTPB/PKG

Fungsi 1

DASAR
Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan;
Merancang, mengurus, memantau, menilai, dan melapor pelaksanaan dasar teknologi pendidikan
Membantu merancang, mengurus, memantau, menilai dan melapor pelaksanaan dasar teknologi pendidikan
Membantu melaksanakan aktiviti teknologi pendidikan yang dirancang dan mengumpul maklumat untuk pelaporan.
Fungsi 2

INISIATIF ICT
Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT;
Merancang, mengurus, memantau, menilai dan melapor pelaksanaan inisiatif ICT dan khidmat sokongan di negeri
Membantu merancang, mengurus, memantau, menilai dan melapor pelaksanaan inisiatif ICT dan khidmat sokongan diperingkat bahagian
Memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah

Fungsi 3

PEMBESTARIAN SEKOLAH
Merancang, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah;
Merancang, mengurus, memantau, menilai dan melapor keberkesanan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah diperingkat negeri;
Membantu mengurus, memantau, menilai dan melapor keberkesanan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah diperingkat bahagian;
Memberi khidmat sokongan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah mengikut kelompok

Fungsi 4

PENERBITAN BAHAN
Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media Membantu penyediaan dan penerbitan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media mengikut piawaian yang ditetapkan
Membantu penerbitan bahan Pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media

Fungsi 5

PSS/PEMBUDAYAAN LITERASI MAKLUMAT
Merancang, menyelaras, menilai dan memantau pengurusan dan Pembangunan pusat sumber sekolah dan pembudayaan literasi maklumat; Mengurus, menyelaras, menilai dan melapor pembangunan pusat sumber di peringkat negeri dan pembudayaan literasi teknologi pendidikan Membantu menyelaras, menilai dan melapor pembangunan pusat sumber di peringkat bahagian dan pembudayaan literasi teknologi pendidikan
Memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan pusat sumber

Fungsi 6

PENYEBARAN
Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak; Merancang melaksanakan penyebaran dan penggunaan bahan pelbagai media yang diterbitkan

Membantu merancang melaksanakan promosi, menyebar dan menyiar bahan pelbagai media yang diterbitkan
Mengedar, mempromosi dan memberi khidmat sokongan.

Fungsi 7

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
Merancang, memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah; Merancang dan melaksanakan pengauditan penggunaan teknologi dalam pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah Membantu pelaksanaan pengauditan penggunaan teknologi dalam pengajaran & pembelajaran dan pengurusan sekolah
Membantu proses pengauditan penggunaan teknologi dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah

Fungsi 8

KHIDMAT KEPAKARAN DAN NASIHAT

Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.
Merancang pelaksanaan dan memberi khidmat kepakaran serta menyelaras inovasi teknologi pendidikan
Membantu pelaksanaan dan memberi khidmat kepakaran serta menyelaras inovasi teknologi pendidikan
Membantu memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah

Bengkel Pengisian Data I-Nilam

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel di atas telah diadakan sebagaimana ketetapan yang berikut :

Tarikh : 06 Oktober 2010
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Seminar PKG Kg.Bedal
D/a SMK Keroh
18000 Kuala Krai
Kelantan.

Bengkel Pengisian Data I-Nilam ini diadakan bertempat di PKG Bedal yang mana kehadiran oleh Guru Perpustakaan Media dan penceramah jemputan adalah En.Dasuki,En.Faizal Bin Mohd Noor, dan En.Zulkifli bagi memberi pendedahan kepada guru sekolah kelompok PKG Bedal dan PKG Pahi bagi membuat pengisian data I-Nilam di setiap sekolah masing-masing.Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Bengkel yang diadakan ini.




Profile

VISI

” Menerajui transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan “

MISI

” Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan intruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan “

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen.
  2. Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
  3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  4. Membantu dalam penghasilan bahan sumberpengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-gurubdalam teknologi maklumat.
  6. Menyediakan kemudahan-kemudahan  bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawapkan kepada kami untuk:
1 menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2 menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
3 memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.
4 membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
5 memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan

dari semasa ke semasa.

memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.

FUNGSI PKG

UNIT KHIDMAT BANTU PENGISIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN MEDIA

  1. Menjadi pusat rujukan penggunaan teknologi pendidikan dan media.
  2. Menguruskan pangkalan data teknologi pendidikan dan pangkalan data sumber pengajaran dan pembelajaran di Pusat Sumber PKG.
  3. Memberi khidmat penggunaan dan pinjaman kepada pengguna Pusat Sumber PKG.
  4. Memberi bimbingan dan nasihat kepada guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah.
  5. Memantau, menyelaras dan menambahbaik program literasi maklumat, galakan membaca dan program pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
  6. Merancang dan mengurus pembangunan Pusat Sumber PKG dari segi kemudahan fizikal dan koleksi bahan serta perkhidmatan yang disediakan.
  7. Menyelaras dan memantau pertambahan koleksi perolehan dan pengedaran Bahan Bacaan Tambahan dan BBM di peringkat Pusat Sumber Sekolah.
  8. Memantau dan melapor pelaksanaan dasar penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah.

UNIT KHIDMAT BANTU PENGGUNAAN PERALATAN ICT

  1. Memantau dan memberi khidmat bantu pelaksanaan dasar pembestarian sekolah.
  2. Memantau penyelenggaraan infrastruktur ICT, rangkaian dan aplikasi sistem di sekolah .
  3. Memantauan program pengintegrasian aplikasi pendidikan dengan aplikasi lain yang digunakan oleh sekolah.
  4. Melaporkan maklum balas dan aduan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan BTP dan BTPN.
  5. Memberi khidmat bantu penggunaan bahan pelbagai media.
  6. Memantau dan khidmat bantu projek inovasi BTPN, PTPB dan PKG di sekolah.
  7. Memantau dan memberi khidmat bantu projek inovasi berteraskan Teknopen di sekolah.

UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  1. Menguruskan hal-ehwal pentadbiran am pejabat.
  2. Mengurus dan melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan staf PKG.
  3. Merancang, mengurus, dan melapor hal-hal pengurusan kewangan PKG.
  4. Menyelaras penggunaan premis dan kemudahan PKG.
  5. Menguruskan pembangunan keceriaan dan keselamatan premis.